Pengenalan
Istilah
"teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad
ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor
elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain.
Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai
inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan. Komputer
komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert
dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an,
penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada
tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap
generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin
kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama
menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga
masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat,
iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti
penyepaduan skal sangat besar (VLSI).
MAKSUD ICT
Teknologi
Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang
diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.
Definisi
teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu
bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya
teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia
melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan
sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas
penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah
untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan
teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan
sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan
proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan
bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan
maklumat daripada sumber kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
FUNGSI-FUNGSI
ICT
Teknologi ini
wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk
tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan,
telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat,
mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan
maklumat.Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus
pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan
selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT
sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan
lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang
melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai
rekod, kawalan inventori, jadual waktu, bilangan waktu mengajar, hal yang
berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan
pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan
komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan
maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan
menganalis.
Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber
melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu
menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer,
komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail,
pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian
persembahan dan lain-lainnya.
Menurut Stair
dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk
membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan
pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka
dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih
cekap.Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan
yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara
jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan
sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar
membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi
maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan
cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer
dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.Masa kini,
semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer.
Penukaran
ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar.
Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat
merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap
perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar
atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan
rujukan tersebut.Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan
telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan.
Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak
perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah.
Di samping itu, mereka
boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual
yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana
perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan
senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang
jauh.Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti
perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas
guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan
kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya
rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat
maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding
dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.
No comments:
Post a Comment