Wednesday, 13 July 2016

Isu Dan Cara Menyelesaikan Masalah Penggunaan Teknologi ICT



ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT

Penggunaan teknologi ICT tiada batas dan sempadannya pada masa sekarang. Tanpa mengira umur mahupun jantina, mereka boleh menggunakannya. Penggunaan teknologi ICT banyak manfaatnya serta kesan positif namun keburukan dan kesan negetif nya juga tidak boleh diabaikan. Pelbagai isu timbul dan cabaran yang perlu dihadapi pada masa sekarang. 


Antara isu yang dapat diketengah kan ialah isu jenayah siber. Jenayah siber atau jenayah maya merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian maklumat peribadi untuk tujuan penipuan ataupun pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus. Komunikasi melalui ruang siber ini menjadi begitu popular kerana mudah, pantas dan bebas. Mutakhir ini, beberapa aplikasi telah diperkenalkan di ruang siber, misalnya aplikasi komuniti seperti Facebook, Myspace dan aplikasi blog atau catatan harian seperti Blogspot dan Wordpress. Pada suatu ketika, penggunaan blog telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai salah satu punca berlakunya “Tsunami Politik”. Jenayah siber ini juga bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga telah membelenggu negara-negara kuasa besar seperti Britain dan Rusia. Kini, penggunaan internet yang meluas telah membuka lagi ruang kepada jenayah siber. Jenayah siber meninggalkan kesan buruk dan baik kepada individu, institusi syarikat, masyarakat dan negara.


Implikasi negatif yang timbul daripada jenayah siber ialah menjejaskan urusan melalui talian (on-line). Kini frasa ayat semuanya di hujung jari anda menjadi begitu popular kerana kecanggihan teknologi maklumat mendorong kita untuk memilih sesuatu urusan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, Sebanyak 2,001 aduan kes jenayah siber termasuk penipuan pembelian dalam talian diterima Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sejak tahun 2008. Pihak kerajaan dan SKMM tidak akan berkompromi terhadap jenayah siber kerana ia merosakkan Negara serta melibatkan banyak pihak. Jenayah siber juga merugikan sesetengah pihak dengan menggunakan akaun palsu bagi menjalankan aktiviti perjudian secara online dan melakukan perdagangan tukaran wang asing. Gejala ini semakin menular dan melibatkan ramai orang serta mencemarkan nama baik golongan bangsawan mahupun kerabat diraja. Justeru itu pihak berkuasa dan SKMM bekerjasama bagi membentaras kegiatan ini serta meningkatkan keselamatan dalam Negara selain mengurangkan jenayah siber ini daripada terus berleluasa.
Seterusnya adalah kelalaian atau ketagihan terhadap teknologi. Hubungan mereka dengan orang terdekat seperti ahli keluarga dan rakan- rakan diabaikan. Walaupun teknologi akan memudahkan masyarakat dalam berkomunikasi dengan orang tersayang, namun kadang kala apabila penggunaannya tanpa had dan dipenuhi kepentingan diri, ia sebenarnya akan menyebabkan seseorang yang dekat menjadi jauh dan sebaliknya hubungan dengan orang yang jauh dititik beratkan tanpa mereka sedari. Aktiviti riadah bersama keluarga yang mungkin dahulunya dilakukan diluar, sekarang ia tidak dilakukan lagi akibat leka contohnya seorang ibu yang selalu menggunakan telefon dan internet ketika bekerja, mereka akan mengabaikan keperluan anak- anak. Mereka memberi permainan video kepada anak- anak dengan harapan  ia menggembirakan tetapi sebenarnya ia menglalaikan pemikiran mereka. 


Jika penggunaan ini tidak dihadkan maka masyarakat akan berhadapan dengan masalah yang lebih dasyat iaitu ketagihan teknologi. Ia sukar untuk dibendung lagi sehingga ia mengganggu aktiviti lain seperti yang diperkatakan tadi iaitu penggunaan permainan video. Ketagihan ini juga pernah berlaku yang menyebabkan seorang individu itu membunuh diri, iaitu seorang remaja membunuh diri selepas kerap-kali mendengar sebuah lagu yang mempunyai lirik tentang syurga “paradise”. Lagu ini ibarat cuba menarik seseorang untuk membunuh diri dengan kata- kata yang terlalu puitis sehingga meracuni pemikiran individu tersebut. Bukan itu sahaja, pemaparan drama- drama atau filem berunsur keganasan juga mengganggu masyarakat terutama golongan belia. Walaupun ia hanya lakonan tetapi setiap tindakan kita seharian juga kadang kala dipengaruhi oleh situasi sekeliling. Maka teknologi perlu digunakan sebaik- baiknya demi keperluan pada masa hadapan.

Isu bahan-bahan  pornografi juga satu cabaran kepada penggunaan teknologi ict. Sebelum ini, cara mendapatkan bahan-bahan tersebut adalah melalui teknologi dari mesin cetak seperti foto, gambar dan majalah seperti Playboy. Selain daripada itu, bahan-bahan lucah juga disebarkan melalui pita video dan cakera padat (VCD). Manakala kewujudan internet yang akibat daripada perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan bahan pornografi tersebar dengan cepat. Hal ini demikian kerana kini ratusan ribuan laman web mengalami kebanjiran bahan pornografi dan video lucah mudah diakses melalui komputer dan telefon mudah alih. Amalan menonton video lucah akan menimbulkan ketagihan belia kerana mereka merupakan golongan yang menpunyai rasa keinginan mencuba yang tinggi. 


Selain internet, amalan menonton video lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh filem-filem dan program-program televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik. Menurut seorang pakar Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka akan melahirkan fantasi seksual ciptaan sendiri apabila mereka menonton video tersebut melalui internet. Adegan-adegan yang dipaparkan melalui video di internet dan televisyen akan menyebabkan belia meniru dan menpraktikkan adegan atau aksi yang dilakukan oleh pelakon dan ini seterusnya menyumbangkan berlakunya masalah sosial. Keseronokan menonton bahan lucah akan mendorong seseorang gila seks sehingga menyebabkan berlakunya jenayah seks seperti kes perzinaan, rogol dan sumbang mahram serta menyumbangkan isu pembuangan bayi atau anak luar nikah. Ini akan mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa dan masyarakat.


CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Cara bagi menyelesaikan masalah yang diketengahkan ialah dengan menapis video-video dari laman sosial dengan terhad, penggunaan internet perlu dihadkan mengikut peringkat umur. Contohnya, kanak-kanak di bawah umur seperti berusia bawah 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan menonton dan melihat video tersebut. Disamping itu, tindakan seterusnya yang boleh di ambil ialah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup mendedahkan pelbagai jenis video porno yang tidak ditapis. Oleh itu jelaslah bahawa isu pornografi ini banyak mendatangkan kesan yang negatif kepada komuniti sejagat.
Bagi masalah jenayah siber, pihak kerajaan haruslah mempertingkatkan kawalan keselamatan dari segi informasi dan data peribadi. Dengan kerjasama pihak SKMM, masalah ini dapat diatasi lebih awal dan dapat dibendung daripada menjadi lebih teruk.


Isu ketagihan teknologi haruslah diatasi dengan penerapan nilai-nilai kekeluargaan. Selain itu, lebih kan aktiviti riadah dan bersenam pada masa-masa lapang. Justeru itu, ibu bapa memainkan peranan penting bagi mengawal dan mengehadkan teknologi anak-anak mereka daripada menjadi ketagihan dan memberi impak negetis pada masa akan datang.

KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita serta menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat kita dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan kita. Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan untuk membanteras kes-kes jenayah siber semakin berleluasa pada zaman era kini. Namun demikian ada juga yang menjadi penyebar maklumat palsu ataupun pihak lain menggunakan internet untuk menyebarkan maklumat yang tidak benar. Pihak kerajaan mesti meningkat ilmu pengetahuan pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita di media cetak dan mediamassa. Dalam isu yang dikupas banyak cabaran yang dihadapi dan perlu dikekang bagi keselamatan negara pada masa hadapan.

Perana Dan Punca Teknologi Maklumat




PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.

Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.

Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya. Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar. Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.


TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA MASA KINI

Dalam zaman yang serba moden ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi. Ahli-ahi profesional melakukan pelbagai tugas yang berbeza-beza dari segi pemasangan perisian penggunaan teknologi serta perekaan bentuk rangkaian komputer dan juga pangkalan data maklumat.Kini, tugas yang dilakukan oleh mereka melalui teknologi maklumat adalah seperti yang berikut. Iaitu termasuklah pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta sistem maklumat pengurusan (MIS) .

PUNCA DAN AKIBAT PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT

Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa merupakan punca negatif penggunaan teknologi ict. Akibatnya mereka akan ketagihan terhadap laman web tersebut serta mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak juga diterapkan dan menurut Islam pendidikan akhlak ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalan-amalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela ini. Impak kepada gejala ini ialah merebaknya bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual, Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks semasa menjalinkan hubungan.


Seterusnya minat remaja yang obses terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan negatif. Akibat yang dikesan bagi punca ini  ialah ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka. Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Bagi mencegahnya kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial yang berlebihan. Disebabkan ini kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.

Penggunaan teknologi ict juga memberi  kesan negatif tentang siber seperti terlibat atau melibatkan dengan penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Penipuan dalam bentuk kewangan ini telah semakin merebak dan semakin ramai mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak cara di antara contohnya tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan rambang) kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar (melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut. Walaupun kadang-kadang mangsa terasa bahawa ianya mungkin ditipu, tetapi kadang-kadang penipuan terlindung ini licik dan banyak juga mangsa yang terkena tipu. Akibatnya mangsa terpaksa menangung kerugian yang tinggi akibat ditipu atau diperdaya dengan tawaran yang dijanjikan. Justeru itu, pihak berkaitan mestilah memperketatkan kawalan komunikasi dan maklumat supaya orang lain tidak menjadi mangsa pernipuan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan-kesan yang positif yang boleh dilihat dalam teknologi ict pada masa kini. Jika dilihat kepada pengunaan kad-kad elektronik pada hari ini, banyak mendatangkan kesan positif. Sebagai contoh, pengunaan Mykad yang mana Mykad mempunyai potensi yang besar untuk menggerakkan masyarakat dalam satu jaringan elektronik kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini kepada awam. Secara tak langsung juga maklumat peribadi seseorang itu lebih terjamin daripada dicuri atau dipergunakan orang yang tak bertanggungjawab.