ISU DAN
CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT
Penggunaan
teknologi ICT tiada batas dan sempadannya pada masa sekarang. Tanpa mengira
umur mahupun jantina, mereka boleh menggunakannya. Penggunaan teknologi ICT
banyak manfaatnya serta kesan positif namun keburukan dan kesan negetif nya
juga tidak boleh diabaikan. Pelbagai isu timbul dan cabaran yang perlu dihadapi
pada masa sekarang.
Antara isu yang
dapat diketengah kan ialah isu jenayah siber. Jenayah siber atau jenayah maya
merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan
maklumat dalam komputer, pencurian maklumat peribadi untuk tujuan penipuan
ataupun pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus.
Komunikasi melalui ruang siber ini menjadi begitu popular kerana mudah, pantas
dan bebas. Mutakhir ini, beberapa aplikasi telah diperkenalkan di ruang siber,
misalnya aplikasi komuniti seperti Facebook, Myspace dan aplikasi blog atau
catatan harian seperti Blogspot dan Wordpress. Pada suatu ketika, penggunaan
blog telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai salah satu punca berlakunya
“Tsunami Politik”. Jenayah siber ini juga bukan sahaja berlaku di Malaysia
tetapi juga telah membelenggu negara-negara kuasa besar seperti Britain dan
Rusia. Kini, penggunaan internet yang meluas telah membuka lagi ruang kepada
jenayah siber. Jenayah siber meninggalkan kesan buruk dan baik kepada individu,
institusi syarikat, masyarakat dan negara.
Implikasi
negatif yang timbul daripada jenayah siber ialah menjejaskan urusan melalui
talian (on-line). Kini frasa ayat semuanya di hujung jari anda menjadi begitu
popular kerana kecanggihan teknologi maklumat mendorong kita untuk memilih
sesuatu urusan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Menurut Timbalan
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, Sebanyak 2,001 aduan
kes jenayah siber termasuk penipuan pembelian dalam talian diterima Suruhanjaya
Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sejak tahun 2008. Pihak kerajaan dan SKMM
tidak akan berkompromi terhadap jenayah siber kerana ia merosakkan Negara serta
melibatkan banyak pihak. Jenayah siber juga merugikan sesetengah pihak dengan
menggunakan akaun palsu bagi menjalankan aktiviti perjudian secara online dan
melakukan perdagangan tukaran wang asing. Gejala ini semakin menular dan
melibatkan ramai orang serta mencemarkan nama baik golongan bangsawan mahupun kerabat
diraja. Justeru itu pihak berkuasa dan SKMM bekerjasama bagi membentaras
kegiatan ini serta meningkatkan keselamatan dalam Negara selain mengurangkan
jenayah siber ini daripada terus berleluasa.
Seterusnya
adalah kelalaian atau ketagihan terhadap teknologi. Hubungan mereka dengan
orang terdekat seperti ahli keluarga dan rakan- rakan diabaikan. Walaupun
teknologi akan memudahkan masyarakat dalam berkomunikasi dengan orang
tersayang, namun kadang kala apabila penggunaannya tanpa had dan dipenuhi kepentingan
diri, ia sebenarnya akan menyebabkan seseorang yang dekat menjadi jauh dan
sebaliknya hubungan dengan orang yang jauh dititik beratkan tanpa mereka
sedari. Aktiviti riadah bersama keluarga yang mungkin dahulunya dilakukan
diluar, sekarang ia tidak dilakukan lagi akibat leka contohnya seorang ibu yang
selalu menggunakan telefon dan internet ketika bekerja, mereka akan mengabaikan
keperluan anak- anak. Mereka memberi permainan video kepada anak- anak dengan
harapan ia menggembirakan tetapi
sebenarnya ia menglalaikan pemikiran mereka.
Jika penggunaan ini tidak dihadkan
maka masyarakat akan berhadapan dengan masalah yang lebih dasyat iaitu
ketagihan teknologi. Ia sukar untuk dibendung lagi sehingga ia mengganggu
aktiviti lain seperti yang diperkatakan tadi iaitu penggunaan permainan video.
Ketagihan ini juga pernah berlaku yang menyebabkan seorang individu itu
membunuh diri, iaitu seorang remaja membunuh diri selepas kerap-kali mendengar
sebuah lagu yang mempunyai lirik tentang syurga “paradise”. Lagu ini ibarat
cuba menarik seseorang untuk membunuh diri dengan kata- kata yang terlalu
puitis sehingga meracuni pemikiran individu tersebut. Bukan itu sahaja,
pemaparan drama- drama atau filem berunsur keganasan juga mengganggu masyarakat
terutama golongan belia. Walaupun ia hanya lakonan tetapi setiap tindakan kita
seharian juga kadang kala dipengaruhi oleh situasi sekeliling. Maka teknologi
perlu digunakan sebaik- baiknya demi keperluan pada masa hadapan.
Isu
bahan-bahan pornografi juga satu cabaran
kepada penggunaan teknologi ict. Sebelum ini, cara mendapatkan bahan-bahan
tersebut adalah melalui teknologi dari mesin cetak seperti foto, gambar dan
majalah seperti Playboy. Selain daripada itu, bahan-bahan lucah juga disebarkan
melalui pita video dan cakera padat (VCD). Manakala kewujudan internet yang
akibat daripada perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan bahan
pornografi tersebar dengan cepat. Hal ini demikian kerana kini ratusan ribuan
laman web mengalami kebanjiran bahan pornografi dan video lucah mudah diakses
melalui komputer dan telefon mudah alih. Amalan menonton video lucah akan
menimbulkan ketagihan belia kerana mereka merupakan golongan yang menpunyai
rasa keinginan mencuba yang tinggi.
Selain internet, amalan menonton video
lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh filem-filem dan program-program
televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik. Menurut seorang
pakar Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka akan
melahirkan fantasi seksual ciptaan sendiri apabila mereka menonton video
tersebut melalui internet. Adegan-adegan yang dipaparkan melalui video di
internet dan televisyen akan menyebabkan belia meniru dan menpraktikkan adegan
atau aksi yang dilakukan oleh pelakon dan ini seterusnya menyumbangkan berlakunya
masalah sosial. Keseronokan menonton bahan lucah akan mendorong seseorang gila
seks sehingga menyebabkan berlakunya jenayah seks seperti kes perzinaan, rogol
dan sumbang mahram serta menyumbangkan isu pembuangan bayi atau anak luar
nikah. Ini akan mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa dan masyarakat.
CARA
MENYELESAIKAN MASALAH
Cara bagi
menyelesaikan masalah yang diketengahkan ialah dengan menapis video-video dari
laman sosial dengan terhad, penggunaan internet perlu dihadkan mengikut peringkat
umur. Contohnya, kanak-kanak di bawah umur seperti berusia bawah 18 tahun ke
bawah tidak dibenarkan menonton dan melihat video tersebut. Disamping itu,
tindakan seterusnya yang boleh di ambil ialah pihak berkuasa perlu mengambil
tindakan yang sewajarnya kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup
mendedahkan pelbagai jenis video porno yang tidak ditapis. Oleh itu jelaslah
bahawa isu pornografi ini banyak mendatangkan kesan yang negatif kepada
komuniti sejagat.
Bagi masalah
jenayah siber, pihak kerajaan haruslah mempertingkatkan kawalan keselamatan
dari segi informasi dan data peribadi. Dengan kerjasama pihak SKMM, masalah ini
dapat diatasi lebih awal dan dapat dibendung daripada menjadi lebih teruk.
Isu ketagihan
teknologi haruslah diatasi dengan penerapan nilai-nilai kekeluargaan. Selain
itu, lebih kan aktiviti riadah dan bersenam pada masa-masa lapang. Justeru itu,
ibu bapa memainkan peranan penting bagi mengawal dan mengehadkan teknologi
anak-anak mereka daripada menjadi ketagihan dan memberi impak negetis pada masa
akan datang.
KESIMPULANNYA
Kesimpulannya,
teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang
lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita serta
menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk
memastikan bahawa masyarakat kita dapat membangun dengan fikiran yang inovatif,
kreatif dan berhati mulia. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan berkemungkinan
boleh dilakukan oleh beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang
berhampiran dengan kita. Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan
untuk membanteras kes-kes jenayah siber semakin berleluasa pada zaman era kini.
Namun demikian ada juga yang menjadi penyebar maklumat palsu ataupun pihak lain
menggunakan internet untuk menyebarkan maklumat yang tidak benar. Pihak
kerajaan mesti meningkat ilmu pengetahuan pengetahuan rakyat dan menyebarkan
berita di media cetak dan mediamassa. Dalam isu yang dikupas banyak cabaran
yang dihadapi dan perlu dikekang bagi keselamatan negara pada masa hadapan.